Isnin, 25 Februari 2013

Khasiat Berangan


Buah berangan sememangnya kaya dengan khasiat sehingga dikenali sebagai makanan maharaja sejak zaman Dinasti Jin dan Dinasti Yuan. Kajian University of Missuori Center, Amerika Syarikat, menjelaskan kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah berangan setara lemon sehingga mampu memperbaiki sistem imun tubuh.

Kajian itu diperkukuh dengan penyelidikan University of Maryland, Amerika Syarikat, yang menyatakan kandungan vitamin C yang tinggi berupaya melindungi tubuh individu daripada serangan sakit jantung dan strok.

Selain itu, pengambilan 100g buah berangan sehari bukan sahaja memenuhi keperluan karbohidrat tubuh tetapi juga membekalkan zat tiamin, niasin, vitamin B6, asid partoterik, kalsium, zink, fosforus, magnesium, dan riboflavin.

Tidak hanya itu, berangan juga kaya potasium yang membantu melancarkan peredaran darah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan